Thursday, January 30, 2014

Perkara yang wajar dicontohi dari UK

Banyak perkara yang wajar kita contohi daripada UK ini. Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya, antaranya ialah;

1. Tidak menggunakan pangkat pada penulisan nama dan panggilan
Terperanjat lah juga kerana kebiasaannya mereka tidak menggunakan pangkat pada penulisan nama dan panggilan mereka. Sama ada mereka Prof atau Dr., hanya ditulis dan dipanggil dengan nama mereka sahaja. Cara ini menjadikan kita berasa selesa dan tiada jurang antara kita dan mereka untuk sebarang urusan. Tetapi haruslah diingat untuk sentiasa menghormati mereka atau dengan sesiapa sahaja yang kita berurusan dengannya.

2. Tiada tol di jalan raya yang panjang
Tol memang hampir tiada walaupun jalan raya itu sangat panjang dan perjalanan yang dilalui sangat jauh. Dah lah jalannya besar dan kurang rosak, memang wajar sangatlah Malaysia contohinya....

3.Keluarga diutamakan
Perkara ini dibuktikan melalui tempoh masa bekerja yang mengikut waktu pejabat sahaja. Jika ada masalah keluarga, bolehlah kita selesaikan terlebih dahulu. Seronok sangat macam ni.

4.Kerja mengikut keperluan
Maksudnya kerja mengikut masa dan sila tidak balik lewat. Jadinya, banyak masa kita terluang bersama keluarga.

5. Menghargai sesama manusia
Saya sangat suka perkara ini kita contohi. Maksudnya mereka di sini sangat menghargai sesama sendiri melalui ucapan dan mimik muka yang senyum dan ceria. Mereka akan katakan 'thanks my lovely', 'well done', thank you love etc....Cerianya hari-hari ku dikelilingi insan seperti ini.....

6. Kereta murah
Boleh beli kereta secara tunai sebab memang murah. Umpama membeli pakaian dan barangan harian. Harganya murah. Sebab itu lah tidak mustahil, pelajar yang belajar di sini akan usaha sedaya mungkin untuk membeli kereta dan bawa balik Malaysia. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

7. Barang dihantar mengikut jadual ditetapkan
Jika kita beli barang secara 'online', barang  tersebut akan dihantar mengikut jadual yang telah ditetapkan melalui emel atau SMS. Oleh itu, mesti ada orang di rumah untuk terima barang berkenaan. Jika tidak, barang akan dihantar pada hari lain. Cara ini mendidik kita agar sentiasa menepati masa. Sangat wajar dicontohi.

8. Kursus percuma @ pada kos yang sangat murah
Kursus percuma @ pada kos yang sangat murah disediakan untuk ibu @ bapa yang menjadi surirumah bagi menyertai kursus menjahit, mengait, mengajar anak Bahasa Inggeris, kursus keyakinan diri dan pelbagai jenis kursus disediakan. Oleh itu, mereka dapat mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah dan mendapat ilmu yang bermanfaat.

9. Kursus percuma untuk pelajar Universiti
Pelajar Universiti di sini diberikan kursus Bahasa Inggeris secara percuma. Seronoknya dapat menghadiri kursus seperti ini secara percuma pula tu.

Sila manfaatkan semua kelebihan yang ada sewaktu anda berada di UK.....Terima kasih.

Apa yang tak seronoknya di UK?

Setiap sesuatu itu ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu jua lah dengan UK ini. Apa yang tak seronoknya di UK ini?

1. Tiada ibu bapa
Pastinya bagi kita yang masih mempunyai ibu bapa, perkara yang paling tak seronok di sini ialah tiadanya ibu bapa di sisi kita yang kita boleh pi jumpa mereka bila-bila masa sewaktu di Malaysia. Pada zaman serba canggih ini dengan teknologi 'skype', 'wechat', 'call', 'sms', pastinya tidak sama dengan pertemuan bersua muka. Jadinya, saat itu yang kita tunggu saban hari. Pengalaman di sini menjadikan rindu itu sudah menjadi sangat tepu terutamanya terhadap ibu bapa dan adik-beradik di Malaysia. Umpamanya, jika boleh berlari dan terbang sendiri hendak saja dilakukan sedemikian cara tetapi ditahan hati ini daripada melakukannya. Ha.ha.ha......Sila bersabar....dan saban hari pastinya menghitung hari bak kata Kris Dayanti.

2. Azure Dental Practice
Satu pengalaman yang dilalui sendiri di sini semasa mendaftar untuk rawatan gigi. Antara perkara penting yang perlu kita buat di sini. Pada waktu tu, hanya buat 'scaling'gigi. Pembantunya yang sangat tidak ramah ditambah pula dengan prosedur yang dibuat oleh doktor gigi secara kasar, menjadikan ini sebagai pengalaman yang tidak seronok. Masa tu, memang teringat-ingat doktor gigi di Perda yang selalu kami dapatkan rawatan pergigian di sana. Dengan layanan yang baik dan prosedur yang lembut semasa rawatan, menjadikan kami merindui saat-saat itu...

3.Cuaca
Ada orang suka sejuk...ada yang suka panas....Tapi cuaca di sini memang sejuk....Tu yang tak tahan dan tak seronok....

4. Persekitaran perumahan yang kotor
Sebabnya sekitar Tinsley ni ramai Pakistan. Jadi, mereka tidak begitu menjaga kebersihan. Sampah dibuang merata-rata. Boleh nampak jea sampah tu di depan rumah mereka. Tu yang tak seronok tu.

5. Insurans kereta yang mahal
Memang mahal sangat insurans kereta di sini. Umpamanya kita membeli insurans bukan membeli kereta. Pengalaman sendiri, harga insurans lebih 3 1/4 kali ganda lebih mahal daripada harga kereta. Oleh itu, kebanyakkan mereka terutama pelajar yang bawa balik kereta atau yang beli kereta untuk digunakan di sini, akan menipu data mereka bagi mendapatkan harga yang murah. Memang sangat mahal dan isu insurans kereta ni mampu memeningkan kepala kita memikirkannya. Tapi kereta satu keperluan untuk menghantar anak-anak ke sekolah khususnya. Jadi, memang terpaksa la dipertimbangkan juga walaupun harganya sangat mahal.

Sampai di sini dulu.....

Wednesday, October 16, 2013

Keseronokan di United Kingdom

Ok bersambung kita lagi tentang keseronokan tinggal di United Kingdom ini.

*Haruslah dimaklumi bahawa perkongsian ini khususnya untuk diri saya sendiri dan sebagai makluman bagi mereka yang ingin mengetahuinya.

6. Makanan Halal
Di persekitaran rumah yang saya duduki di sini iaitu di Tinsley, memang mudah untuk kita dapatkan makanan halal. Sebabnya komuniti di sini majoritinya Pakistan. Kedai-kedai kecil yang berdekatan dengan perumahan kami juga banyak contohnya Kedai Iqbal, Kedai Hijau, Kedai Biru dan banyak lagi. Selain itu, saya selalu juga pi Pak Supermarket sebab berdekatan dengan rumah dan seperti 'one stop centre' untuk dapatkan barangan dapur. Cumanya di sini beg plastik tidak diberi secara percuma. Yang ni yang tak bestnya....Lain dari itu, makanan halal boleh dibeli di Asda, Meadowhall, Tesko, Kedai Zahir di belakang Tesko, di sepanjang perjalanan balik daripada Sheffield Hallam Universiti pun banyak. Jadi, memang senang lah nak dapatkan makanan halal di sini.

Tapi tentunya ada yang rasanya tak sama macam di Malaysia. Makanan di Malaysia sangat best. Jadi semasa di sini, kita mesti belajar terima seadanya. Jangan nak mengada-ngada....Ha.ha.ha.....

7. Sistem Pembelian
Menarik juga sistem pembelian barangan di Argos. Kita boleh semak harga dan jenis barangan yang kita nak beli melalui internet. Kebanyakan barangan di sini memang dibeli dan boleh disemak melalui talian internet. Dapatkan nombor rujukannya, tulis di kertas yang disediakan di Argos atau tulis di atas kertas biasa pun boleh, beratur, bayar, tunggu nombor giliran anda dipanggil dan ambil barangan belian di kaunter yang telah ditentukan. Boleh bayar tunai atau debit kad. Tiada kredit kad digalakkan digunakan di sini.

8. Warga Tua
Di sini boleh kita temui ramai sangat warga tua sekitar 70-an dan ke atas yang berjalan bershopping sambil bersantai-santai bersama pasangan mereka atau secara sendirian. Kadang kala mereka naik kereta kecil dalam shopping complex, apa tah nama kereta tu. Jarang sekali nampak mereka duduk di kerusi roda. Waima, orang kurang upaya pun boleh berdikari sendiri di sini berjalan-jalan di shopping-shopping complex. Sebabnya ialah terdapat kemudahan yang disediakan untuk mereka dan tahap keselamatan yang baik di sini. Terutama sekali di Boundary Mill memang ramai warga tua yang meluangkan masa di sini. Sebabnya parking percuma, ruangan parking mencukupi untuk mereka dan pusat membeli belah ini agak mahal dan tentunya warga tua yang banyak duit lah yang pi sini...

Pernah terserempak beberapa kali dengan warga tua ini dengan tangannya yang menggigil-gigil. Tak pastilah menggigil-gigil kerana sejuk atau penat.

Kadangkala terfikir kesian kat depa ni....masa terluang diisi seperti ini. Sedangkan kita orang Islam, alhamdulillah begitu banyak cara boleh kita manfaatkan bagi mengisi masa yang kita ada.

9. Suratkhabar Percuma
Barangan percuma memang kita suka. Bagi yang menaiki bas, macam saya pi SHU naik bas. Sekitar 30 minit masa perjalanan pi ke SHU. Kita boleh ambil suratkhabar yang disediakan di belakang pemandu bas. Percuma. Seronok sebab setiap hari boleh ambil dan secara tak langsung, menggalakkan kita membaca suratkhabar berkenaan.

10. Car Seat
Di sini diwajibkan menggunakan 'Car Seat' untuk anak-anak. Sekali lagi tentunya elemen keselamatan diutamakan. Setiap kenderaan mestilah hanya membawa bilangan penumpang mengikut bilangan kerusi dalam kenderaan itu. Jadinya, memang selesalah kita di sepanjang perjalanan. Tak perlulah nak memangku anak-anak kecil kita. Ini antara kebaikkan yang ingin saya terapkan semasa di Malaysia untuk anak-anak ku itu....ha.ha.ha..

11. Gembira
Kebanyakkan pekerja-pekerja di sini tak kira lah sebagai cikgu/kakitangan hospital/penyambut tetamu/pemandu bas/juruwang, mereka nampak gembira dengan kerja mereka. Keadaan ini dipaparkan melalui kesungguhan mereka bekerja dan mereka nampak gembira semasa bekerja.

Tuesday, October 1, 2013

Sheffield Hallam University, United Kingdom

Sekian lama tidak menulis di ruangan ini. Dimulakan dengan lafaz Bismillah Hirrahmanirrahim....
 
Sedikit perkongsian kini. Alhamdulillah dipanjatkan syukur kepada Allah kerana diberikan peluang untuk berada buat seketika di Sheffield Hallam University, United Kingdom. Untuk kali pertama dalam hidup, dapat menjejakkan kaki ke sini atas tiket 'Sabbatical Leave'.
 
Seronok di sini sebab:
 
1. Rasa selamat
Memang tidak dinafikan rasa selamat itu ada sewaktu berada di sini in shaa Allah walau di mana kita berada. Mungkin sebab sistem yang digunapakai oleh kerajaan di sini yang menyebabkan rasa selamat itu ada. Alhamdulillah.
 
2. Tenang
Persekitaran di sini memang tenang. Samada semasa kita berada di atas jalan raya mahupun di rumah. Mungkin disebabkan cuaca di sini yang sejuk, tenang dan damai menjadikan persekitaran di sini tenang. Masyarakatnya pun kelihatan tenang, tak ada kalut2. Memang seronok.
 
3. Sekolah percuma
Sekolah anak-anak diberikan secara percuma. Keadaan sekolah mereka memang menarik. Kita yang ibu bapa ni pun rasa seronok dan teruja nak pi sekolah. Sebabnya persekitaran mereka yang cantik, bersih, mempunyai sistem keselamatan yang sangat baik, guru-gurunya sangat mesra dan nampak bersungguh mengajar dan menjaga anak-anak kita di sana.
 
Di sini mereka menerapkan sistem kebersamaan. Maksudnya bukan sahaja tanggungjawab mendidik dan menjaga anak-anak diletakkan di bahu guru-guru semata-mata, malahan turut dipertanggungjawabkan di bahu ibubapa masing-masing. Contohnya,  ibubapa dimestikan menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah. Masa hantar dan ambil mesti tepat kerana mereka menepati masa. Bagus nilai murni ini diterapkan seawal persekolahan anak-anak.

Selain itu, guru-guru di sini kelihatan sangat menghargai murid-murid mereka. Hal ini dapat ditunjukkan melalui layanan dan galakkan yang diberikan kepada murid-murid menjadikan mereka suka dan tertunggu-tunggu untuk pergi ke sekolah. Sebagai contoh, mereka akan memanggil murid-murid sebagai 'darling', beri stiker dan cop tentang sikap mereka dan prestasi mereka pada hari itu seperti 'polite', 'responsible', 'positive', 'well done', 'excellent' dan sebagainya.
 
4. Masyarakat yang baik
Masyarakat di sini nampak baik. Suka senyum dan senyuman mereka nampak ikhlas. Sampai ke pipi mereka senyum. Tak kiralah samada terserempak di bahu jalan mahupun semasa berkenderaan di atas jalan raya.
 
5. Kebanyakkan berhemah di jalan raya
Masyarakat di sini memang menggunakan jalan raya secara berhemah. Sebab tu di sini kita boleh lihat di 'roundabout' ada banyak lampu isyarat. Sebabnya memang mereka boleh mengikut peraturan lalu lintas dengan baik. Had laju jalan raya pun dipatuhi mereka.
 
Ok berhenti di sini dulu. Nanti saya sambung lagi perkongsian ini.Wassalam.

Tuesday, April 23, 2013

Project 4: Sustainable Housing


Gary M.Ng,Poh Jing Wei,Siti Azra Binti Hassan @ Azhar,Tan Boon Im,Tee Ru Hang &Tew Soo Chien